Followers

Azimat Guru

Wednesday, May 27, 2009
Azimat Guru
Sudah sekian lama ku melanjutkan pelajaran ke UTP, baru kini ku mendapat peluang untuk bersua muka dgn cikgu2 yang ku sayangi. Perjalanan ku dari daerah kelahiran, Kluang bermula pd pkl 9 pagi hari Isnin 25 Mei. Pertama kali memandu keseorangan dr rumah ke Mersing. Kemudian smp agak awal dr kwn2 yg lain. Sahal dr Kota Tinggi, Farith bersama yg lain ( abu, zaki, hazim@kopet) dr kluang jgk. Setibanya di sekolah, terus masuk pejabat. Untauk ape? Ambil sijil SPM... masa tu buat muka tak tau je masuk pejabat. Kemudian ke surau sekolah sbb nak tggu yg lainnye. Lambt pulak la diorang ni...

Smp tertido..pastu oleh kerana lame sgt tggu diorg ni, gi masuk kereta, start engine gi Bandar mersing jap.. time la jmp ngan farith and the geng. Kami same2 gerak masuk sekolah semula... Sahal pon dah smp. So, mcm biase kalo gi sekolah, jln2 round ssekolah, masuk asrama, pegi dorm lame, borak2 ngan junior smbl mengimbau kenangan lame mase katasrama. Mcm2 cerita keluar. Kene sebat ngan ustad la sbb lewat subuh, kene masuk bilik disiplin la..pastu gelak2..huhu..perkara biase bile dah lame x jumpa.

Bila dah round sekolah, tiba turn utk jmp cikgu. Cikgu2 yg famous la kene utamakan..mcm Cikgu Sapiah, our HEM, cikgu Maon,Cikgu Ahmadi, Cikgu Husni, Cikgu Rosnah, Cikgu Asiah, Cikgu Lutfiah, Sir Saravanan, Sensei Yap, Ustazah Zulaila, Cikgu Muhaidzar dan ramai lagi...mmg seronok dpt jmp cikgu. Plus byk bende yg nak diceritakan.. kalau cikgu2 plk byk soalan yg nak diajukan. Skrg study kat mane, dpt pointer brp, dan lain...

Dlm kami happy jumpa cikgu2, tak dilupakan pesanan mereka..esspecially dr ckgu Rosnah, seorang guru bersifat keibuaan.. jgn tggl solat, slalu doa, doa utk ibu bapa...terima kasih cikgu2 semua atas didikan dan dorongan ke atas kami...semoga usaha cikgu2 semua diiringi keberkatan dari Allah

Berjauhan Tapi Berteman

Friday, May 22, 2009

Kini
Kesayuan menjadi teman diri
Sering saja ku rasai
Tika insan lain di samping tersayang
Diriku di sini bersendirian
Berteman pena saban hari singkat hayatnya
Jarak dan masa menjadi sempadan
Ku di sini jauh dari mereka
Sekeping gambar mengimbau secangkir kenangan

Ya Allah
Ku harap masih ada waktu bagi ku
Ingin sekali ku nikmati
Saat bahagia bersama mereka
Tawa riang saudaraku sering terngiang
Jelas terpancar kegembiraan

Namun ku tak harus berhenti
Ku meniti hari mendatang
Sekelumit kekuatan sebagai banteng
Bimbang ia semakin terhakis
Hadirnya dalam hati
Ku harap menjadi pembela diri
Gusar ku jatuh bersama keindahan
Keindahan duniawi bersifat sementara

Buat mu sahabat
Ukhuwah kita ku mahkotakan
Terus ku abdikan di jiwa
Menjadi ikatan bila ku sendirian
Menjadi teman di kala berjauhan
Suatu masa pasti kita kan bertemu


Pasti Kan Tiba...

Monday, May 18, 2009

Perjalananku makin hampir ke penghujung
Hampir selesai perjuangan ku
Langkah ku selama ini penuh makna
Terlukis keriangan terpahat kegembiraan
Senda tawa penghibur jiwa
.
Namun ukiran itu tak selalunya indah
Sering kali ku jatuh tersungkur
Kepayahan pernah juga bertandang
Ku seperti hilang arah
Laluan ku terasa menghimpit
Ku berlari ke kanan pandanganku pudar
Ku menyusur ke kiri tiada cahaya yang menyuluh
Ku buntu seperti tiada lagi pilihan
.
Ku sering panjatkan kesyukuran padaMu
Lantas ku sedari
Ku bukan bersendirian
Langkah ku kian gagah
Bersama kawan,teman dan sahabat
Ya Allah, berkatilah kehidupan mereka
.
Ku hitung baki hari yang tinggal
Penuh kesabaran dan ketabahan
Wajah insan tersayang sering terlintas di fikiran
Senyuman si ibu mendamai di hati
Azimat si ayah selalu ku sematkan
Kegembiraan bersama tak bisa ku tepis
Itulah saat yang ku nanti
.
Perjalanan pulangku ke pangkuan mereka
Walau bukan ku pulang ke desa
Mahupun kampung halaman
Namun berada di sisi mereka amat bermakna
Baiti Jannati
.
Dalam keriangan ini
Ku harus sedar
Masih jauh perjalanan sebenarku
Harus ku sentiasa bersedia
Melengkapkan diri ini
Berbekalkan ilmu dan iman
Pasti kan tiba masanya
.
.......................................................................
::: khas untuk sahabat yang akan pulang ke pangkuan keluarga. Tahniah kerana telah berjaya bertahan sampai akhir semester dengan cemerlang. InsyaAllah, jika masih ada masa dan hayat kita kan bersua lagi di semester hadapan. Salah silap harap diampunkan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan kalian...:::

Saat ini...

Saturday, May 16, 2009
Saat ini
Ingin ku berlari ke pantai
Bersendirian yang ku mahu
Tika hati mula bergelora
Gundah turut datang bertamu
Bersama kecewa yang memedihkan
Membawa diri rasa besalah
Kerna kekhilafan masa lalu

Ku sering alpa
Hayatku ku kan bertemu titik nokhtah
Satu pengakhiran yang pasti
Cuma belum ku tahu bilakah saatnya

Ya Allah
Ku bimbang bagi ku pengakhiran yang buruk
Ku khuatir ku pergi tanpa terucap nama Mu
Lalu sering ku pinta padaMu
Perihalah diri ini
Dari terhanyut dek dunia yang fana

Sahabat
Andai ku pergi dulu
Ku harap hadirku di sisi mu membawa erti
Walau memori yang dibina tak seindah mana
Andai ada kekurangan pada ku
Ku pinta seribu kemaafan
Kerna diri ini tak pernah jauh dari kesilapan
Terima kasih sahabat

Ibu
Anadai ku pergi dulu
Jangan kau tangisinya
Telah tertulis pemergianku ini
Ku harap hadir ku bukanlah beban
Untuk mu penghargaan atas pengorbanan
Terima kasih Ibu

Ayah
Andai ku pergi dulu
Jangan kau berduka lara
Bait penghargaan bagimu
Kerna keikhlasan mu ku mampu berdiri
Membelai ku dengan ilmu dan pengalaman
Terima kasih Ayah
............................................................................................................
:::ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerna memberi ilham kepadaku
moga ilham ini memberi kebaikan kepada insan lain
penghargaan juga kepada kawan, teman dan sahabat..Bidadari ...:::

Semangat Kami...

Wednesday, May 13, 2009
Tiap pagi mata ku terbuka
Ku detikkan kesyukuran atas satu lagi kehiudpan
Maka bermulalah hari ku
Dan peristiwa semalam hanya sejarah
Hari ini pasti terhidangnya seribu satu pengajaran
Menjadi cita ku untuk menyingkap satu per satu
Dan tiap langkah diorak pasti membekas di hati
Umpama meniti lorong bertaburnya duri
Kerna setiap derap kaki memngemudi ku ke arah berbeza
Begitulah juga pelayar di lautan
Petanda di langit menjadi pedoman
Arah utara mahupun selatan menjadi pilihan

Sebagai insan biasa
Tiap detik akan ada saja peluang ku tergelincir
Ke lembah hidup penuh dosa
Itulah hakikatnya kehidupan
Saratnya pesona dusta

Lalu sering ku harapkan hadir bantuan dariNya
Penuhilah hari ku dengan iman
Tampunglah benak ku dengan semangat
Semangat yang tidak sekali akan luntur
Biarpun hujan membasahi
Mahupun panas terik memancar
Walau seperti besi bersadur emas
Calarnya diselindung bahkan bersinar
Kerna hanya diri ini dan Engkau yang mengerti
Terhiris semangatku dek lemahnya iman

Kini pemangkin sentiasa di sisi
Hadirnya memberi inspirasi
Tercetus kekuatan bersulam ketabahan
Namun redha dariNya sering ku pinta
Itulah yang diharapkan
Sering ku lintas tatkala tangan ditadah
Moga setiap saat di dalam pandangan
Pandangan murni penuh rahmat

Permata Yang Dicari

Tuesday, May 5, 2009



Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Nafas Baru

Assalamualaikum

Inilah pengalaman bermakna buat sy spnjg menceburkan diri dalam dunia martial art.
Ada setengah org fikir kalu nak belajar martial art ni kene org yg kuat2 je... Tanggapan tu kene betulkan..
Sebenarnya semua lapisan manusia kene belajar cara mempertahankan diri.. Banyak ilmu yang kita boleh dapat kalau kite cebur diri dalam seni ni.. Disiplin, komitmen, semangat dan kesabaran blh ditimba. sy dah join seni ni dlm name lainnya silat mase kat sekolah menengah lg.. Sape yg pernah dengar Buah Pukul Mersing.. Kenapa name silat ni ade name Mersing? sebabnye memang asal silat ni dr mersing.. satu daerah kat Johor.. Pengalaman bersama jurulatih, Abg Mail mmg seronok malah dua tiga ronok.. dalam buah pukul mersing ni pelajar kene main Lian 1 smp 11 belah kiri dan kanan.. Kat sinilah kite boleh mahirkan pergerakan kite sama ada belah kanan atau kiri.. Awal2 memang kekok nak main lian belah kiri..tp dah lame ok...

Sebelum sy abis sekolah, dpt peluang untuk amik ujian. Kene main Lian 1 smp 11 kiri kanan.. ape yg penting stamina.. bile dah abis tu abis satu badan basah mcm mandi hujan.. sepanjang permainan byk aspek yg dinilai. Yang paling penting adalh penjiwaan. dari penjiwaan tulah datang nya padu dan ketepatan... tp kalo dah xde stamina paham2 jela..

Mase kat sekolah dulu pernah gak datang rumah guru utama yg masih ade. Dia ni mmg famous ngan name Pak Mat Samurai... orangmya mmg baik..ckp je kalo nak dtg rumah die, nnt die dtg amik. Bersama teman spersilatan, Aiman Zaki, gi rumah pak mat samurai.. kitrong beruntung sbb die bawak semua senjata yg die ade. Kat ruang tamu dia mmg byk senjata. bgtau je ape, keris, parang, tekpi, sume ade.. Yg paling special ialah, die ade simpan pedang samurai.. yg original punye tau.. tu org pggl die pak mat samurai.. kami pon try la pegang.. rase cam samurai la plk..

Tu pengalaman mase zaman sekolah.. Kat UTP plk join Silat Gayong..mase ni la sy terus giat dlm bidang seni dengan name lain sy terus berlatih jurus wajib.. jurus ni dipertandingkan kat serata dunia.. so dah 3 kali participate dlm pertandingan.. 1st time kat johor.. UTHM. pastu kat UPSI and yg latest kat PUO, poli ungku omar perak. dlm 3 kali masok pertandingan, 2 kali bwk balik pingat. Mase kat UTHM dpt silver and kat PUO dpt gold medal.. tu ade sahabat kate naik taraf jd semangat emas.. tp kat PUO ni main dalam team senior. oleh kerana teamate ade hal yg penting katenye.. so try la main ngan senior. x sangka plk main ngan mereka ni cam lebih serasi..Dr situ la dpt istilah nafas baru..maybe kami akn terus main dlm mse yg same nak cari pelapis.. kene ajar kat junior.. Maybe next sem kami akan main utk SUPER, Sukan Perak.. mane tau ade rezeki terpilih utk SUKMA plk.. huhu..

Insyallah..di kesempatan ini, sekalung perhargaan dan terima kasih kepada sahabt yg turun ajar kami, tidak lupa jgk gak kepada sahabat yg selalu bg semangat walaupun sekadar msg " Selamat bjye".. semangat besi anda mnjdi pemangkin semangat kami..