Followers

Pasti Kan Tiba...

Monday, May 18, 2009

Perjalananku makin hampir ke penghujung
Hampir selesai perjuangan ku
Langkah ku selama ini penuh makna
Terlukis keriangan terpahat kegembiraan
Senda tawa penghibur jiwa
.
Namun ukiran itu tak selalunya indah
Sering kali ku jatuh tersungkur
Kepayahan pernah juga bertandang
Ku seperti hilang arah
Laluan ku terasa menghimpit
Ku berlari ke kanan pandanganku pudar
Ku menyusur ke kiri tiada cahaya yang menyuluh
Ku buntu seperti tiada lagi pilihan
.
Ku sering panjatkan kesyukuran padaMu
Lantas ku sedari
Ku bukan bersendirian
Langkah ku kian gagah
Bersama kawan,teman dan sahabat
Ya Allah, berkatilah kehidupan mereka
.
Ku hitung baki hari yang tinggal
Penuh kesabaran dan ketabahan
Wajah insan tersayang sering terlintas di fikiran
Senyuman si ibu mendamai di hati
Azimat si ayah selalu ku sematkan
Kegembiraan bersama tak bisa ku tepis
Itulah saat yang ku nanti
.
Perjalanan pulangku ke pangkuan mereka
Walau bukan ku pulang ke desa
Mahupun kampung halaman
Namun berada di sisi mereka amat bermakna
Baiti Jannati
.
Dalam keriangan ini
Ku harus sedar
Masih jauh perjalanan sebenarku
Harus ku sentiasa bersedia
Melengkapkan diri ini
Berbekalkan ilmu dan iman
Pasti kan tiba masanya
.
.......................................................................
::: khas untuk sahabat yang akan pulang ke pangkuan keluarga. Tahniah kerana telah berjaya bertahan sampai akhir semester dengan cemerlang. InsyaAllah, jika masih ada masa dan hayat kita kan bersua lagi di semester hadapan. Salah silap harap diampunkan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan dorongan kalian...:::

4 comments:

  1. azrul said...:

    waaa!!!~
    terharu2...bgus2..wahai sahabat ku..~:Dngee~

  1. zahin kasturi said...:

    trnm kasih semua...
    acap, afiq hanafi, azrol, munir, naufal , tapa, anam, zam, zayinul alam,nasim, pijo, bob haha...

  1. ir.Naufal said...:

    wah2.. tenkiu2 zahin!
    hehe..
    i'm touched..

    :-)

    bersabarlah sadiqi!
    innalAllaha ma'a Sabiriin