Followers

Semangat Kami...

Wednesday, May 13, 2009
Tiap pagi mata ku terbuka
Ku detikkan kesyukuran atas satu lagi kehiudpan
Maka bermulalah hari ku
Dan peristiwa semalam hanya sejarah
Hari ini pasti terhidangnya seribu satu pengajaran
Menjadi cita ku untuk menyingkap satu per satu
Dan tiap langkah diorak pasti membekas di hati
Umpama meniti lorong bertaburnya duri
Kerna setiap derap kaki memngemudi ku ke arah berbeza
Begitulah juga pelayar di lautan
Petanda di langit menjadi pedoman
Arah utara mahupun selatan menjadi pilihan

Sebagai insan biasa
Tiap detik akan ada saja peluang ku tergelincir
Ke lembah hidup penuh dosa
Itulah hakikatnya kehidupan
Saratnya pesona dusta

Lalu sering ku harapkan hadir bantuan dariNya
Penuhilah hari ku dengan iman
Tampunglah benak ku dengan semangat
Semangat yang tidak sekali akan luntur
Biarpun hujan membasahi
Mahupun panas terik memancar
Walau seperti besi bersadur emas
Calarnya diselindung bahkan bersinar
Kerna hanya diri ini dan Engkau yang mengerti
Terhiris semangatku dek lemahnya iman

Kini pemangkin sentiasa di sisi
Hadirnya memberi inspirasi
Tercetus kekuatan bersulam ketabahan
Namun redha dariNya sering ku pinta
Itulah yang diharapkan
Sering ku lintas tatkala tangan ditadah
Moga setiap saat di dalam pandangan
Pandangan murni penuh rahmat

2 comments:

  1. ChE AtEn♥♥ said...:

    ini ciptaan sendiri ye?
    sgt memberi inspirasi, especially time2 tgh bjuang utk exam ni.. penuh semangat. tahniah~

    ayat kreatif : besi bersadur emas..
    bijak2~

  1. zahin kasturi said...:

    terima kasih atas komen membina anda...

    besi ngan emas tu terinspirasi dr anda jgk...