Followers

Telah Ku Abdikan

Saturday, June 27, 2009

Terkadang sukar bagiku
Mentafsir isi hati manusia
Itulah manusia
Yang sering alpa
Yang selalu leka
Yang sentiasa lupa
Lupa pada kata yang dilafaz

Bicara mu sememangnya manis
Bak madu dari belantara
Namun nikmatnya hanya seketika
Begitu mudah tercemar menjadi racun
Mengapa mudah benar kau luahkan
Mengapa mudah benar kau ungkapkan
Mengapa perpisahan yang dipinta
Setelah sekian lama ikatan dibentuk

Tika ku menyingkap satu per satu
Ayat-ayat mu dahulu
Diriku jadi terbawa ke masa lalu
Telah ku abdikan dalam diari
Sebagai bukti persahabatan
Ku masih berharap dan berdoa
Sering ku titipkan
Saat tangan ditadah
Agar masih ada sinar
Untuk ia bersinar semula
Lantas ku serahkan segalanya
Pada yang Maha Mengetahui




Nampak Macam Sama

Thursday, June 18, 2009






Kedua-dua gambar ni diambil secara senyap-senyap sebab tuan punye kereta ni x tau pun gambar kereta dia diambil, kereta tu sendiri x sedar dia kene snap, sbb kedua-dua kereta tgh tengok depan..
Cuba anda perhatikan, kedua-dua flat nombor, nampak mcm sama, tapi satu nombor je yang membezakan..ye la mane boleh ada 2 kereta kongsi no flat kan...
Yang Saga BLM tu nama dia WSJ 2875, yang MYVI tu plk WSJ 2675
Lokasi candid, utk SAGA= tempat parking POKET C
Lokasi candid,utk MYVI= Kluang
p/s; kebenaran telah diambil untuk post ini

Di Manakah Kan Ku Cari

Hidup ini seakan hilang cerianya
Sinar yang selama ini memancar kian malap
Siang malam yang beransur pergi
Seakan tiada lagi maknanya
Sekadar hinggap di mata ini
Tidak lagi menjadi lukisan nan indah
Tidak lagi menjadi hiburan nan damai

Selalu ku harapkan
Kicau burung dan siulan cengkerik
Desiran bayu dan pukulan ombak
Namun apa yang ku miliki kini
Riuhan enjin dan jeritan mesin
Panas yang rakus dan debu yang membutakan

Telah lama ku perhatikan
Ombak nafsu menjadi panduan
Kekayaan dunia menjadi tujuan
Kerakusan kini menyelimuti segala
Ketamakan kini menjadi pakaian mereka
Tiada lagi nilai belas kasih

Di manakah kan ku cari
Hijau pohon yang mendamaikan
Biru laut yang menyenangkan
Di manakah kan ku cari
Sebuah jawapan meyakinkan
Andai persoalan yang ku terima
Adalah dari generasiku


...................................................................................
ini hasil karya, ilham dari Yang Amat Mengetahui, sbb dah seminggu ddk kat daerah yang agak asing bagi diriku, Johor Bahru, amat berbeza suasananya berbanding Kluang,entah berapa lama la nak sesuaikan diri, nak kene tahu semua jalan2 di sisni lagi, dah la bersimpang-siur...

Pembela Diri Mu

Sunday, June 14, 2009
Tika diri mu mendambakan seorang teman
Dia menanti mu menjadi sahabat dunia akhirat

Tika diri mu mengharapkan petunjuk penyuluh jalan
Dia menunggu mu memberi sinar di kala kegelapan

Tika diri mu mencari penawar lara
Dia bersedia memberi kekuatan memulih semangat

Di saat diri mu gusar tiada yang hadir menemani mu
Ia setia menjadi pembela mu

Itulah Dia mukjizat terbesar di atas muka bumi
Itulah Al-Quran kalam Tuhan Yang Maha Agung

Cinta Semalam

Wednesday, June 10, 2009

Sepanjang lalu ku ke sana
Menuju sebuah pengakhiran yang pasti
Sering ku temui nilai fitrah ini
Mekar bak mawar di celahan batu
Serinya terkadang membuai diriku
Ku rasakan segalanya indah
Ku melayang jauh tanpa haluan

Namun pernah juga kurasa kekosongan
Kerna pancar seri itu sudah tiada lagi
Dari ku begitu mudah ia pergi
Kerna kepada ku begitu mudah ia hadir
Selama ku sandarkan pada yang nyata

Dikala ku rasa diri ini hilang pengharapan
Dari kasih manusia yang selama ini ku damba
Ku sedar ku harapkan kasih yang pudar
Namun mampukah diri ini bersendirian
Tanpa secebis kasih sekelumit sayang
Ku harus tahu
Cinta Yang Maha Esa takkan pernah hilang

Satu lagi pengembaraan kami

Saturday, June 6, 2009
























































Pada cuti semester kali kami berpeluang untuk pergi bercuti ke Pulau Tioman. Perancangan asal nak bercuti ke sabah, negeri di bawah bayu. Tp tak jd sbb ada mslh tiket , mahal sgt.. pergi je dah nak dekat RM 3000. Mane nak cari duit byk tu... Jd plan ditukar ke Pulau Tioman.. so abah cari la kontak dr kwn2 lame yang ddk kat kampong. Jmp la dgn kwn lame ummi mase. Dia ni satu kelas ngan umi mase form 4 dan form 5. Kebetulan plk dia ni yang bernama Zainuddin, kami pggl pak cik zai je, kontraktor yg agak famous la kat Tioman tu. So dia dah plan kan sume skali. Dari tempat menginap, tempat makan dan aktivit2 skali.. nak tau cuti ni kami paling jimat skali, sbb sumer skali dia yang tanggung. Sy mmg cukup kagum ngan dia. Dia ade 9 biji tongkang yang angkat bhn2 mentah untuk kerja2 pembinaan kat sana. Tau brp harga skali perjalanan kalo gune tongkan tu? Dah nak dkt 50 000 ringgit...mane x kaye dia tu..kereta mewah je ade 4 biji. Satu lg kalo sebut je name dia kat orang2 Tioman tu semua orang kenal.. dari family kami 7 orang campur plk 5 org dr family pak cik zai dan 8 lg bdk perempuan,kwn2 anak pak cik zai yang sulung. Tapi tak sempat pon nak kenal semua. Ade tiga empat org je yg kenal. Ain,huda,aina..lain2 x knl.

Hari Pertama.....

Kami bertolak melaui jalan laut dari Sarang Tiong, kat pejabat operasi dia jgk la, kat tepi sungai endau. Kami menaiki bot laju hak persndirian pak cik zai. Blh tahan la laju bot dia sbb bot tu pakai 2 enjim 200 kausa kuda. Perjalan ambil masa lbh kurang 45 minit. Slps 45 kami tiba di Jeti Pulau Tioman. Kat jeti ni byk kapal layar dr laur Negara, Australia, german dan England. Sampai dah ade 2 biji Ford Ranger yg nak bawa kami ke resort. Kami terus bergerak ke tempat penginapan. Kami menginap di Berjaya Golf Resort. Dengar name resort ni mcm gempak. Mmg gmpk pon. Agak2 satu bilik brp harga dia. RM 600. Dah la mhl, pak cik zai tempah connecting room plktu . dah jd RM 1200 semalam. So kami meginap selama 4 hr 3 mlm. Kire la sendiri..tp kami tak keluar duit pon untuk penginapan. Pak cik zai dah settlekan.. byk betul duit dia. Pastu biliknya mmg puas hati la...
Petang tu kami ronda2 pulau naik Ford Ranger yg disewa oleh pak cik zai. Pak cik zai lg.. lokasi pertama TAT Turtle Sanctuary. Pusat pemeliharaan penyu ni baru je dirasmikan pd 8 Mei 09. Kat situ dah ade byk gak sangkar penyu. Yang baru menetas pon ade. Kami sempat la tgk..penjaga tu akan lepaskan mlm tu. Kemudian gi Taman Laut Pulau Tioman. Kami beli la skit roti pastu campak kat ikan. Mcm yg prnh buat kat tasik UTP.

Hari Kedua....

Perjalanan kami bermula pkl 9 pagi. Hari ni kami outing. Orang sana guna istilah outing untuk wat aktiviti kat pulau2 berhampiran. Jd kami dibawa ke sebuah pulau untk snorkelling. Perjalanan ni skjp je.. Ni first time buat sy. Jd masing dah ready dgn life jaket dan google. Jd kami pon terjun terus masuk laut. Ikan mmg byk.jinak2 plk tu. Mmg seronok.bahkan 2 ronok. Satu lagi first time jumpe gamat yang msh hidup. Siap gi pegang lg.

Hari Ketiga....

Perjalanan kami bermula pd pkl 9 pg slps sarapan kat resort tu. Hari ni kami pergi Kg Juara. Kg ni letaknya di sebelah satu lg pulau tioman. Kalo nak ke kg juara ni blh naik bot, kene ikut laut la. Tp kami ikut jln darat. Kebolehan Ford Ranger digunakan sepnuhnya. Mane tak nya, kecuraman bukit tu cecah 50 darjah. Pemandu kami Abg Mat. Dia blh kire pro la gune ford ranger tu. Abah tak berani nak drive. Jalan dia mmg chalenging. Perjalan amik masa dlm 20 minit. Sampai2 je kg juara kami dijamu dgn makan tgh hari. Lauk yang special, pelanduk masak kurma. Lepas makan kami melawat satu lg TAT Turtle Sanctaury. Yang ni kecil skit tp siap ade kolam untuk penyu kurang upaya. Name penyu tu Jo. Dia buta.jd dia tak boleh ddk kat laut. Tapi yg ni ade penjaga dia. Name dia Charlie datang dr US. Jd dengan kebolehan yg skit ni, try la borak ngan dia pasal penyu kat Malaysia ni..yang laen dgr je pasal segan nak tny dlm English.