Followers

Di Manakah Kan Ku Cari

Thursday, June 18, 2009
Hidup ini seakan hilang cerianya
Sinar yang selama ini memancar kian malap
Siang malam yang beransur pergi
Seakan tiada lagi maknanya
Sekadar hinggap di mata ini
Tidak lagi menjadi lukisan nan indah
Tidak lagi menjadi hiburan nan damai

Selalu ku harapkan
Kicau burung dan siulan cengkerik
Desiran bayu dan pukulan ombak
Namun apa yang ku miliki kini
Riuhan enjin dan jeritan mesin
Panas yang rakus dan debu yang membutakan

Telah lama ku perhatikan
Ombak nafsu menjadi panduan
Kekayaan dunia menjadi tujuan
Kerakusan kini menyelimuti segala
Ketamakan kini menjadi pakaian mereka
Tiada lagi nilai belas kasih

Di manakah kan ku cari
Hijau pohon yang mendamaikan
Biru laut yang menyenangkan
Di manakah kan ku cari
Sebuah jawapan meyakinkan
Andai persoalan yang ku terima
Adalah dari generasiku


...................................................................................
ini hasil karya, ilham dari Yang Amat Mengetahui, sbb dah seminggu ddk kat daerah yang agak asing bagi diriku, Johor Bahru, amat berbeza suasananya berbanding Kluang,entah berapa lama la nak sesuaikan diri, nak kene tahu semua jalan2 di sisni lagi, dah la bersimpang-siur...

0 comments: