Followers

Lena Ku

Saturday, October 31, 2009

Bila sampai masanya

Ku berada di pembaringan

Merenung diri yang kerdil

Apakah ada hari esok untuk ku

Lalu mata ku pejam

Lena mula bertandang

Kini ku merantau jauh

Jauh dari alam nyata

Ke tempat yang masih belum pasti

Namun kini

Sering saja ku saksikan

Sebuah kebahagiaan

Bila ku bersamanya

Ya Allah suburkanlah

Kasih sayang Mu padanya

Tabahkanlah hatinya

Dalam memberi semangat

Dalam mendidikku

Dalam menyusuri hari mendatang

mimpi.jpg

Mungkin juga ku harus petik bintang di awanan sebagai penyeri kalam.

Bittaufiq Wannajah

Tuesday, October 27, 2009

Kepada semua sahabat
All the best untuk tests yang mendatang
Ada yang akan mengahadapi Tests Kombo dan juga untuk final exam yang akan tiba tak lama lagi
Semoga semua usaha kalian akan diberkati oleh Allah
Doa + Usaha + Ikhtiar & Istiqamah + Tawakal
Kami Doa, Kami Usaha, Kami Iktiar, Kami Tawakkal.. Semangat Kami takkan luntur! Kurniakanlah rezeki yg terbaik buat Kami~
Amin...Ya Allah terimalah usaha kami semua

Pemilik Hati

Sunday, October 25, 2009


Wahai Pemilik Hati


Yang berkuasa atas setiap detik nadi yang bergetar

Yang tak pernah lupa mendegupkan jantung

Yang tak pernah lupa memberi kehidupan dari udara yang dihela




Wahai Pemilik Hati

Sungguh kami sering saja leka

Sungguh kami selalu lupa akan Mu

Bila saat kami gembira

Apa yang kami hajat telah tertunai

Kami tidak kembali memuji Mu




Wahai Pemilik Hati

Kami akui

Kami larut dalam pentas drama dunia

Kami hanyut dalam indah nyanyian dunia




Wahai Pemilik Hati

Tundukkan hati kami

Kuatkan hati kami

Moga kami tak terus larut dan hanyut



Amin...


Presiden dan Timbalan

Monday, October 19, 2009









Tambun

Sunday, October 18, 2009







Assalamualaikum kpd semua sahabat yang selalu singgah blog ni...

Aktiviti hujung minggu kalo ade cuti lebih sikit dr cuti yg biase2..padahal satu hari je yang lebih.

Kami (Zahin, Syafiq Jo, Fadhli, Ilmi, Fawaz dan Adib) pergi lawatan sambil belajar ke Lost World Of Tambun. Sambil belajar ape, ha itu yang kita x tau... Mgkn belajar selok belok jalan kat Ipoh. Mgkn kepada Adib kene blaja follow motor depan serapat mungkin, tp xde la samp cecah mud guard sbb Adib asik kene tinggal je.. MAsing bawak motor laju. Lg2 En Fawaz. X blh tgk kete byknak je tunjuk skill mencelah die.





Bulan pula tidak jemu membalik cahaya Mentari
Hadirnya di siang hari tidak diendah
Masakan dihargai
Namun kasih Sang Pencipta atasi segala
nukilan Sang Bidadari:
Bulan Bintang Matahari
Tanda keagungan Sang Pencipta
Memberi manfaat pada yang menghayati

Pendirian Ku

Monday, October 12, 2009



Assalamualaikum kepada sahabat2...

Apakah "Pendirian Ku?"

Kali ni nak share skit ape yg pernah dibaca tentang personaliti diri.. Personaliti yg dinyatakan adalh mengikut bulan kelahiran (masihi) bersdasarkan kajian dan pemerhatian Dato Dr Fadzilah Kamsah selama 25 tahun.. tp kebenarannya bergantung kepada penilaian masisng-masing.



Selain apa yang diperkatakan oleh Dato Fadzilah Kamsah, sy juga nak share ape yang dinilai oleh salah seorang sahabat saya, Azrul Azwar Samsuddin.



-----------------------------------------------------------------------------------------




OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan
caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas
& bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap
ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang
yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan





--------------------------------------------------------------------------------------




-muhammad zahin (hin-hin)




style la ngan pedang berdiri tuh.





i become close when i was in foundation 2nd. at first, i thought he is an alim guy, vice versa of me. so, it's like a psychology to be fren wf him. after knowing him, err...we are just the same type..mybe?no la.he is way...okey than me.hehhe.. and im njoy fren wif him.
kelebihan?




he enjoy wif what he interested in. and they refers to, silat, drawing, motorcycles, travelling and many more(?). well, i seriously can see his interest in all those thing. eventhought he is busy or have things to do, he will still push himself to go to the mosque. alhamdulillah~ he has a good memory, because he can rmember most of the reading-and-memorise-type subjcts,, which im no good at all. he lurve nasyid songs~

pelik?

errr....ade ker pelik pasal zahin? okey, dye makin berubah nak jadi gilo macam aku ngan hana. hope we are not the reason. one more thing, when hana and i suddenly become over-gilo, he will bcome serious in a blink of eye, but then, giggling back.. hahahah!!~funny..weird2..



-------------------------------------------------------------------------------






::sekadar perkongsian::




Teruskan beraksi. Jadilah kamu pembela diri, keluarga, masyarakat,negara dan agama..
Jika dulang berada di tangan
Jangan sampai jatuh ke tanah
Kalau ada senjata di tangan
Jangan sampai dirampas musuh

Umi Abah

Tuesday, October 6, 2009

Jarang sekali perkara ini berlaku..
Mungkin peristiwa ini sering berlaku kepada sahabat2.. tapi secara jujur peristiwa ini seperti kali pertama terjadi kepada diri ku..
Apa yang ku maksudkan ialah bermimpi berjumpa umi abah..
Ku berlari seperti kanak2 kecil pergi mendapatkn umi, lalu ku peluk Abah ku yg baru selesai solat. Kemudian ku mencari umi. Ku peluk Umi. Keadaannya seperti ku akan pergi jauh..segalanya berlaku dalam masa yang amat singkat.
Ya Allah, Kau peliharalah kedua umi abah ku dalam penjagaan Mu. Kekalkanlah mereka di jalan Mu. Ya Allah, janganlah Kau seksa mereka jika aku yang bersalah. Mereka telah sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk ku, anaknya...
Ya Allah ku yakin ku akan kembali berteMu. Maka Kau jemputlah aku dalam keadaan ku mengingati Mu dan di saat aku tidak derhaka kepada kedua umi abah ku. Terimalah doaku ini Ya Allah. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pengampun..
**********************************************
Satu Rindu

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu
Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia

Mode Raya

Friday, October 2, 2009

Bersama Ayahanda
Bertandang di tepi pagar rumah Kak Ila

Fawwaz, Che Boo, Iskandar



Abg Amir bersama Din, anak bongsu Kak Ila


"Saya mahu gambar saya muka depan Maskulin." Din..