Followers

Alhamdulillah...Tamat sudah..

Thursday, July 9, 2009



Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah memberi kekuatan untuk menghabiskan dua buah novel karya Habiburrahman el Shitazy, Ketikaa Cinta Bertasbih.
Seakan begitu terkesan dengan jalan ceritanya.
Kisah Abdullah Khairul Azzam yang menuntut di pesantren tertua di dunia, unvesiti al-Azhar yang mengambil masa 9 tahun untuk mengahbiskan pelajarannya di san. Namun selama berada disana, dia tak pernah pulang ke tanah air, Indonesia. Dengan berkeja membuat tempe dan bakso, Azzam dapat menyara keluarganya, Bu Nafis, Husna, Lia dan Sarah. Setelah pulang ke tanah air, dia meneruskan usaha membuat bakso hingga berjaya membuak kedai bakso yang istimewa, Bakso Cinta.
Dalam masa yang sama, dia telah berikhtiar untuk mencari pendamping hidupnya, yang akan menambah kekuatan imannya kepada Allah. Setelah pelbagai ujian yang datang, akhirnya dia telah menemukan Anna Althafunissa, gadis yang pernah dia cuba untuk lamar semasa berada di mesir.
Di samping kisah kehidupan Azzam, pelbagai kisah telah disertakan sekali seperti kisah Fadhil yang menyimpan harapan kepada Tiara. Namun tiara telah bernikah dgn Ustadz Zulkifli, temannya Fadhil semasa mengajar di Indonesia. Ada juga kisah Hafez yang jatuh cinta kepada Cut Malahayati, adiknya Fadhil. Hafez sungguh cinta kepada Cut Mala. Hasratnya untuk melamar Cut Mala diamanahkan kepada Azzam. Juga kisah Zumrah, temannya Husna yang mengalami nasib yang amat sengsara hingga hampir di bunuh oleh pamannya sendiri. Kisah Furqan pula, orang yang mula melamar Anna Althafunissa sunnguh memeritkan. Di mana Furqan telah dikatakan dijangkiti HIV. Namun pernikahannya dengan Anna tetap berlangsung. Sedaya mungkin dia menaha dirinya untuk tidak menyentuh Anna kerana takut penyakitnya itu akan menular. Akhirnya mereka bercerai. Di hujung cerita, Anna telah dinikahkan oleh abahnya dengan Azzam.. Pengakhiran yang menarik..... Tahniah kepada penulis...

2 comments:

  1. Bukhari Razali said...:

    salam,apsal takder mention nama pemilik novel-novel nie ea?
    aku nak tau boleh?
    haha..btw ko da wat sinopsis ni kan,ak still xnak baca sinopsis ni..ak nk baca by my self!!kna curik masa ni!!haha..harith hashimi pon da post blog psl KCB cm ko tapi still xdok nama pemilik novel nie.hairan2.

  1. zahin razak said...:

    ye la che boo... kedua-dua nvel ni kepunyaan che bukhari yg akaknya belikan...