Followers

Makin Dewasa Makin Besar Tanggungjawab

Wednesday, November 20, 2013


Kelahiran seorang bayi ke atas muka bumi adalah satu rahmat yang paling besar buat kedua ibu bapanya. Penat lelah, sakit perit yang sebelum ini ditanggung oleh Si Ibu akhirnya berakhir saat tangisan si bayi kedengaran. Kecomelan yang setiap waktu dipuja dan dipuji.

Kini masa terasa berjalan terlalu cepat, malah seakan berlari tanpa henti. Si Bayi semakin pandai seiring persekitaran yang membantu tumesarannya. Begitulah seterusnya sehinggalah semua tanggungjawab kini berada di atas bahunya. Kalau dulu, si anak bergantung kepada orang tuanya dalam membuat segala keputusan, kini dia perlu mengambil semua akibat dan kesan atas pilihannya. Merasakan dia lah yang paling erkuasa dalam membuat percaturan dalam hidupnya. Namun dia terkadang alpa akan bantuan yang boleh segera diminta pada bila-bila masa, iaitu mengadu pada Allah, yang berkuasa atas segala sesuatu.


0 comments: