Followers

Kerana Doa

Saturday, August 6, 2011
melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
bumi nan subur ini ku rasakan gerasang
di dalam terang kegelapan
seakan ku hanyut di daratan
ku ingin pulang ke pangkalan

pabila mata hati dan minda terbuka
bertandang  keyakinan terhakis curiga
putaran masa pasti menemukan
jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhan ku teramat penyayang

aku tahu
kau selalu bersamaku
tak sesaat kau  biar ku kesorangan
tak sesaat pinta ku jadi bebanan
ku percaya 
kerana doa bertitian 
tiap waktu 
dengan izin Mu
ku kembali
ke pangkalan ku

tak sesaat kau  biar ku kesorangan
tak sesaat pinta ku jadi bebanan
ku percaya diri ini memerlukan 
ku percaya doa ku yang mengeratkan

0 comments: