Followers

Tarbiyah Memancing

Monday, June 13, 2011
Assalamualaikum...


Anda minat memancing, mengail dan seumpamanya?
kepada sesiapa yang minat, ternyata masa banyak dihabiskan utnuk meguji kecekapan, kepekaan dan yang paling penting kesabaran.


Rezeki hari ini tidak menjamin rezeki hari esok.


mungkin ayat ini sesuai utk menggambarkan hasil tangkapan yang kita dapat.
Ada satu hari kita boleh dapat sampai 15 ekor ikan. dan tidak semestinya rezeki hari esok sama dengan hari ini.
Bahkan lebih teruk sampai macam2 masalah yang timbul seperti umpan gewang hilang sekali dengan ikan yang menyentap. 


Tapi apa yang anda pelajari dan ibrah yang diambil dari aktiviti memancing ini.
Letakkan diri anda di situasi seorang pendakwah.


" Siapa yang mengucap La Ilahaillallah, dia adalah pendakwah "


Kadang kala kita telah banyak buat persiapan utnuk memancing dari segi batang joran, umpan, mata kail.. Kalu cerita pasal umpan pulak, macam2 jenis umpan yang boleh kita dapati, contohnya, Gewang, Cacing, Umpan Hidup, dedak dan banyak lagi.
Tetapi Allah sengaja tidak temukan kita dengan kawanan Ikan Raja ( Peacock Bass ). 
Kalu terjumpa pun dengan kawanan ikan tu, banyak pula masalah yang timbul. contohnya, tali tangsi terbelit, gewang putus dan sebagainya.


Maka di sini, apa yang sangat penting ialah besangka baik dengan Allah. Allah akan bersangka baik dengan hambaNya.
Mungki dengan rezeki yagn kita dapat semalam, kita tidak bersyukur, maka Allah beri pengajaran kepada kita utk kita sama2 muhasabah.


Begitu juga situasi kita sebagai pendakwah.
Kadang kala berbagai usaha dan langkah telah kita persiapkan. Namun mad'u kita ada yang lari dan menolak.
Ingat, Allah yang memberi hidayah kepada mereka dan kita selalulah berdoa agar hidayah yang Allah beri pada kita Allah tak tarik semula. Yang penting usaha DAKWAH jangan sekali kita abaikan dan kesampingkan.
Allah melihat pada usaha kita. Kita buat kerja kita, selebihnya kita serah pada ALLAH MAHA MEMILIKI SESUATU.





jenis2 umpan yang common



umpan dedak

Gewang



Lokasi kami (credit to Syafiq Nor )






Idea Asal:
Muhammad Fadhli bin Sayuti

0 comments: