Ummi, Ibu, Emak, Mama
terlalu banyak nama yang diberikan
menggambarkan sebatang tubuh
yang penuh redup di wajahnya
yang penuh hangat tika di dapakannya
yang penuh hikmah pada nasihatnya
yang tak pernah mengeluh ditimpa payah
Hari ini, anak mu yang dulu
dalam pautan tangan mu
sudah pandai merangkak
berjalan mahupun berlari
pasti takkan dilupa suaramu mengajar bertatih
sering kali jatuh di cubaan pertama
tangis sakit kau ubati sebaiknya
Hari ini, anak mu yang dulu
saban kali membuat mu risau
pabila berada di bangku sekolah
apakah anakku baik-baik sahaja
kini sudah berada jauh dari pandangan
di kejauhan menimba ilmu yang Maha Memiliki
ku harap doa mu terus menjadi iringan anak mu ini
Selamat Hari Ibu
hari-hari ku adalah Hari Ibu
0 comments:
Post a Comment