Followers

Mencari Sinar

Thursday, March 3, 2011
kini telah hilang istilah peribadi mahu pun personaliti
tanpa hala kau mencari pendirian diri
berdiri di arus sungai penuh isi kekotoran
tak mampu menongkah aptah lagi mengharung
lantas kau rebahkan diri dalam kebasahan
dibawa deras  tersadai tanpa kudrat

lemah longlai kau terdampar
tanpa pasak ingin berpaut
langkah cuba diorak terjatuh kembali
seperti sahaja roh berlalu meninggalkan sang badan
dalam kesempitan ruang nafas mencari di mana
di mana letaknya semangat lama

dalam kegelapan sang malam bertandang
hanya terlihat serpihan bintang di celahan dedaunan
merenung jauh masa silam
penuh debu dosa dan palit kemaksiatan
menjadi penghalang kaki utntuk melangkah
memagari sinar jauh di dalam bongkah kaca 
ingin dicapai namun tiada berdaya
tangan diangkat berselut lumpur

hanya mampu melihat
hanya mampu berharap
hanya mampu berdoa
sinar itu datang kembali

~kasturiputih~

0 comments: