Followers

Temerloh: Satu Perjalanan Baru

Tuesday, December 21, 2010


Assalamualaikum...
Alhamdulillah saya selamat tiba di rumah setelah hampir 6 jam perjalanan dari Temerloh,
 Pahang.
Merantau ke Temerloh dengan tujuan ziarah dan meghadiri Walimatul Urus akak seorang sahabat, Syafiq Johari, ramai orang panggil PikJo shj.
Saya tiba di Temerloh pada hari Jumaat, 17 Dec 2010.
Alhamdulillah Majlis berjalan lancar, dengan dimulai Majlis Akad Nikah pada malam itu. Hujan renyai-renyai tanda rahmat dr Allah. InsyaAllah...
Keesokan hari majlis berlangsung dengan lancar.
Penduduk kampung dan sedara mara bertungkus lumus rewang di bahagian dapur.
Lauk-lauk yang di sajikan kepada tetammu yang hadir agak berbeza dangan cara walimatul urus di Johor.
Seekor kerbau tumbang, dijadikan kari, kari pon nampak lain dari yang biasa. seekor kerbau jadi lima kawah dari daging. Boleh tahan besar kerbau tu.
Pengatin lelaki tiba di rumah pada jam 3 petang.

Begitulah hari sebagai Raja dan Pemaisuri Sehari


Keesokan hari, perkara yang biasa kalau majlis perkahwinan sudah berlangsung, proses mengemas dimulakan seawal pagi.

Peluang berada di tempat orang tidak dilepaskan dengan melawat beberapa tempaat yang menarik dilawati...

Lokasi lawatan ialah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah...
Tempat yang sangat menarik untuk dikunjung jika berada di sini.
Pelawat diberi peluang untuk mengahmpiri haiwan terbesar di atas darat. Banyak aktiviti dapat dilakukan bersama gajah.
Bagi makan secara dekat, menaiki gajah dan yang paling menarik,mandi bersama gajah.
Di sisi terdapat lebih kurang 22 ekor gajah dalam pelbagai range usia dari yang paling muda, kalau tak silap, 1 tahun dan yang paling tua, 72 tahun.
Kebanyakan gajah berasal dari Johor.



Terserempak dengan gajah yang baru keluar dari kandang.
Cenderahati yang boleh dimiliki oleh semua pelawat.
Pikjo, kali kedua ke lokasi.
Tandas untuk gajah??

0 comments: