Followers

Lesu

Tuesday, April 21, 2009
Langkahku kini kian lesu
Bila berita itu ku dengari
Bagai ingin luruh nyawa dari jasad
Ku rasa seluruh tubuhku disuntik racun kekecewaan
Lemahnya diri ini dengan ujian
Apa lagi yg harus ku lakukan
Dayaku selama ini bagai dicampak jauh ke angkasaraya
Keresahan terus menyelimuti diri
Namun di raut wajah ku
Ku cipta mimik gembira
Biarpun hati ini berkocak hiba
Masih belum ku ungkapakan pada sesiapa
Biarlah ku sendiri bersama lara ini
Zahirnya keriangan di wajah rakan
Ku turut sambut dengan kegembiraan
Hadirnya kejujuran dari seorang sahabat
Ku rai dengan penuh harapan
Namun siapa lagi harus aku meminta
Dalam suka aku memanjat kesyukuran
Tatkala duka ku mohon pertolongan
Dialah Tuhan Yg Maha Esa
Adilnya Tuhanku ini
Diberinya ujian bukan menjadi beban
Malah menguji keimanan insan
Harapan ku padaNya tidak pernah lepas
Biarlah duri tertabur sepanjang laluan
Namun arah petunjuk kebenaran ku pinta
Ku menadah padaNya
Hadirkanlah insan pembimbing
Di celah rasa kepayahan
Insan inilah penunjuk jalan
Di himpit rasa kepiluan
Insan inilah pemusnah kehibaan
Ditimpa seribu penyesalan
Insan inilah pendorong kekuatan

3 comments:

  1. ChE AtEn♥♥ said...:

    sambungan dri atas..
    apekah ini..??

  1. zahin kasturi said...:

    sambungan "apekah ini..?"
    saje melalut.huhu
    ntah la.try to express my feeling