Followers

Pesana buat Ar-Rijal...from Intan Siti Zulaikha

Monday, March 2, 2009
Tatkala gadis anggun melintasi pandangan mata ,
Kau terpaku dengan keayuan palsunya,
Tatkala gadis anggun melontar alunan irama merdu,
Kau terperangkap dalam rentak syahdu,
Tatkala gadis anggun datang menghampiri,
Kau menghulur tangan menghulur mesra,
Kau luluh dalam gelora nafsu dek keayuannya..


MUSLIM...

Tatkala gadis cantik melintasi pandangan mata,
Kau pantas menghindari pandangan berbisa,
Tatkala gadis cantik melontar alunan irama merdu,
Kau lantas tertarik
Dengan alunan wahyu kalam ROBBI,
Tatkala gadis cantik datang menghampiri,
Kau lantas menyedari,
Ada syaitan yang menjadi dalang,
Tatkala gadis cantik membingkis senyum manja,
Kau lantas menepis gelodak nafsu,
Dengan ketaqwaan,
Keimanan,ketauhida yang disemai..
Kerana kau menyedari,
Hadirnya diri di muka bumi ini,
Untuk menjadi khalifah dan mujahid yang sejati....
Yang disanjung di bawah keredaan ILAHI...

0 comments: